Laman Utama / Informasi / Tibi
Apakah PENYAKIT TIBI?
-
TIBI atau batuk kering adalah sejenis penyakit berjangkit yang BERBAHAYA dan boleh membawa maut jika tidak diubati.
-
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis KUMAN yang dikenali sebagai MYCOBACTERIUM TUBERCULOSIS.
-
Kuman TIBI boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh badan tetapi kebiasaanya menjangkiti bahagian PARU-PARU.
Cara-cara MEREBAK?
-
Kuman TIBI merebak melalui udara.
-
Pesakit TIBI yang mengidap penyakit akan mengeluarkan berjuta-juta kuman TIBI semasa BATUK atau BERSIN.
-
Kuman ini sangat ringan dan boleh terapung-apung di udara.
-
Sesiapa yang berada dalam kawasan terapung-apung ini terdedah untuk dijangkiti penyakit TIBI.
-
Pesakit mengeluarkan kuman semasa batuk atau bersin boleh merebakkan kuman TIBI dan mungkin menjangkiti mereka yang tinggal bersama.
Kurang selera makan
Tanda & gejala PENYAKIT TIBI?
Batuk melebihi 2 minggu
Susut selera makan
Demam
Batuk berdarah
Berpeluh di waktu malam
Cara-cara mengesan PENYAKIT TIBI
-
Sesiapa yang batuk berterusan selama 2 MINGGU ATAU LEBIH hendaklah menjalani pemeriksaan kahak bagi mengesan kuman TIBI.
-
Pemeriksaan kahak boleh dilakukan di KLINIK-KLINIK KESIHATAN atau HOSPITAL yang berhampiran.
-
Pemeriksaan X-ray dada boleh digunakan oleh doktor untuk mengesan penyakit TIBI.
DOT [Directly Observed Treatment]
atau penyeliaan langsung oleh anggota kesihatan/perubatan atau individu terlatih ke atas pesakit TIBI dengan melihat dn memastikan pesakit memakan ubat anti TIBI.
Prinsip-prinsip DOT adalah :
-
Pesakit perlu mengambil ubat sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
-
Pesakit perlu menelan ubat setiap hari dengan diawasi oleh penyeliaan DOT yang telah dilatih sepanjang tempoh rawatan.
Cara-cara MENCEGAH
-
Bayi yang baru lahir hendaklah mendapat SUNTIKAN IMUNISASI BCG. Imunisasi BCG diberi di fasiliti kesihatan kerajaan dn swasta.
-
SUNTIKAN BCG diberi percuma di KLINIK KESIHATAN dan HOSPITAL KERAJAAN bagi WARGANEGARA MALAYSIA kepada semua bayi yang baru lahir.
-
Sesiapa yang batuk selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, hendaklah SEGERA berjumpa doktor untuk pemeriksaan kahak.
-
Sekiranya disahkan sebagai pesakit TIBI, dapatkan RAWATAN SEHINGGA TAMAT untuk mengelakkan penyakit TIBI menjangkiti ahli keluarga anda.
-
Ahli-ahli keluarga ataupun sesiapa yang BERDAMPINGAN dengan pesakit TIBI juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut di KLINIK-KLINIK KESIHATAN atau HOSPITAL yang berhampiran.
Nasihat AM
-
TEMPAT KEDIAMAN hendaklah sentiasa dijaga dengan bersih. Tentukan cahaya matahari dapat memancar ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman TIBI yang terapung di udara.
-
Semua tingkap mestilah DIBUKA pada siang hari supaya aliran udara berlaku.
-
JANGAN MELUDAH merata-rata kerana mungkin air liur mengandungi kuman TIBI.