Laman Utama / Mengenai Kami / Staff
Pengelola Survelan
-
Menyemak, mengumpul dan merekod data bulanan aktiviti rawatan, BCG dan makmal dari semua klinik dada dalam negeri dan yang diterima dari Pasukan Pengelola Tibi lain.
-
Mengumpul, menyemak dan menyiapkan data untuk laporan tahunan peringkat negeri.
-
Mengumpul data dan menentukan semua kes dilengkap butiran untuk penganalisaan kohot pesakit.
-
Mengumpul kes-kes kematian Tibi dan menjadi urusetia ahli J/K 'Mortality Review' di peringkat negeri.
-
Menghantar semua reten dan data Tibi negeri ke Pegawai Epidemiologi Negeri mengikut jadual yang ditetapkan.
Pengelola Rawatan
-
Membuat penyeliaan rawatan ke semua pusat rawatan dalam negeri bagi memastikan regim rawatan diikuti.
-
Menentukan semua kes bersimtomatik menjalani ujian kahak sekurang-kurangnya 3 kali.
-
Memastikan sistem rawatan susulan pesakit dan pengesanan kes ingkar rawatan dan lalai rawatan diselenggarakan.
-
Memastikan pesakit Tibi yang berpindah pusat rawatan mendapat rawatan seterusnya di pusat rawatan baru.
-
Memberi dan menerima maklumbalas dari pusat rawatan dan rujukan kes dalam masa satu minggu pada bulan yang sama.
-
Mengumpul dan mengemaskini data rawatan Tibi dan menghantarnya kepada Pengelola Rekod.
-
Memastikan semua kes dalam rawatan didaftarkan dan semua kes didaftar menerima rawatan.
-
Memastikan semua kes kahak positif diperiksa 2 bulan selepas dimulakan rawatan.
-
Mengurus latihan setempat untuk kakitangan dan membantu latihan untuk peringkat negeri.
-
Merupakan pegawai pemantauan untuk strategi DOTS bersama anggota kesihatan lain.
Pengelola Makmal
-
Membuat penyeliaan terhadap semua pusat pungutan dan pemeriksaan kahak.
-
Memeriksa semua kes positif dan sekurang-kurangnya 10 peratus kes negatif secara rawak untuk kawalan mutu slaid.
-
Memastikan bekalan peralatan pengambilan contoh kahak mencukupi di semua pusat-pusat pemungutan dan pemeriksaan kahak.
-
Memastikan peralatan mikroskop berfungsi dengan baik.
-
Memastikan pembuangan sisa contoh kahak yang dibuat dengan betul.
-
Mengurus proses kultur kuman Tibi.
-
Mengurus penhantar contoh kahak untuk ujian sensitiviti ke Institut Perubatan Respiratori bila perlu.
-
Mengumpul dan mengemaskini data makmal dan menghantarnya kepada Pengelola Rekod dan Pegawai Epidemiologi Negeri.
-
Mengurus latihan setempat untuk kakitangan makmal.
-
Bertanggungjawab kepada Pakar Patiologi dalam urusan makmal dan pencapaian mutu kawalan slaid.
Pengelola BCG
-
Membuat lawatan penyeliaan ke klinik-klinik kesihatan yang menjalankan aktiviti BCG.
-
Memberi latihan teori dan amali mengenai aktiviti program BCG bagi peringkat negeri.
-
Membuat penilaian keberkesanan suntikan BCG di sekolah-sekolah dalam negeri dari masa ke masa.
-
Membuat analisa liputan BCG golongan bayi baru lahir dan kanak-kanak di klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta dalam negeri.
-
Mengumpul dan menyediakan data bulanan suntikan BCG sekolah yang dikendalikan oleh pasukan kesihatan sekolah.
-
Mengumpul contoh-contoh vaksin secara rawak untuk ujian 'viability' ke Institut Perubatan Respiratori.
-
Memastikan 'cold chain' dan teknik suntikan dilaksana dengan betul.
-
Mengumpul, menyemak dan menghantar semua data BCG dan Tuberculin kepada Pengelola Rekod Tibi.