Laman Utama / Informasi / Kusta
Apa Itu KUSTA?
-
KUSTA atau PENYAKIT HANSEN'S ialah penyakit berjangkit yang menyerang kulit, urat saraf dan tulang.
-
Ia boleh menyerang semua kaum dan semua peringkat umur.
Apa Yang Menyebabkan PENYAKIT KUSTA?
-
Kusta disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai 'MYCOBACTERIUM LEPREA'.
-
Tempoh daripada pesakit terdedah kepada bakteri tersebut dan lesi-lesi kulit muncul mengambil masa yang agak lama, iaitu antara 7 hingga 40 tahun.
-
Kusta disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai 'MYCOBACTERIUM LEPREA'.
-
Tempoh daripada pesakit terdedah kepada bakteri tersebut dan lesi-lesi kulit muncul mengambil masa yang agak lama, iaitu antara 7 hingga 40 tahun.
Tanda-tanda KUSTA
1. Jenis Paucibacillary
-
Terdapat satu atau beberapa tompok samada berwarna kemerahan atau putih yang kurang deria rasa dan tidak berpeluh.
2. Jenis Multibacillary
-
Tompok-tompok putih-kemerahan kelihatan lebih banyak dan merebak di seluruh badan. Infiltrasi kulit ini lama kelamaan akan menyebabkan penebelan cuping telinga dan kulit muka serta keguguran bulu kening.
Apabila urat-urat saraf mula terlibat pesakit akan mengalami kekurangan atau kehilangan deria, berasa kebas atau lemah di anggota tangan atau kaki yang akhirnya menyebabkan kecacatan seperti 'Claw hand', 'Foot drop' dan pesakit tidak dapat menutup mata dengan rapat.
Bagaimana KUSTA di Diagnosa?
1. Lesi-lesi Kulit
2. Calitan Torehan Kulit (Slit Skin Smear)
-
Torehan kecil yang berukuran lebih kurang 3mm dibuat di enam tempat iaitu cuping telinga, lengan, peha atau dikawasan lesi tersebut.
-
Calitan (smear) cecair daripada kulit kemudian diletakkan diatas slaid kaca dan diperiksa dibawah mikroskopuntuk memastikan kehadiran bakteria.
3.Biopsi Kulit
-
1 cm 'elliptical inciion' atau 'punch biopsy' dibuat dikawasan kulit yang terlibat dan diperiksa di bawah mikroskop.
Bagaimana KUSTA Dirawat?
-
Pada masa kini, KUSTA atau Penyakit Hansen's boleh disembuhkan, tidak seperti pada masa lalu. Tiga jenis ubat anti-kusta (multidrug therapy) akan diberikan.
-
Bagi pesakit yang mempunyai beban bakteria yang rendah (paucibacillary) :
Rifampicin 600mg setiap bulan
Clofazimine (Lamprene) 300mg setiap bulan
Clofazimine 100mg setiap hari
Dapsone 100mg setiap hari
-
Sekiranya pesakit mempunyai beban bakteria yang tinggi (multibacillary), regium rawatan adalah seperti berikut :
FASA INTENSIF
Rifampicin 600mg
Clofazimine (Lamprene) 300mg
Clofazimine 100mg
Dapsone 100mg
Setiap hari selama 3-4 minggu sehingga M1=0
FASA SAMBUNGAN
Rifampicin 600mg setiap bulan
Clofazimine (Lamprene) 300mg setiap bulan
Clofazimine 100mg setiap bulan
Dapsone 100mg setiap hari
-
Perkara paling penting yang perlu ditekankan ialah pesakit mesti menamatkan keseluruhan rawatan mengikut jadual. Sekiranya pesakit tercicir rawatan, kebiasaannya rawatan perlu dimulakan semula dari awal.
-
Semasa sedang menjalani rawatan, reaksi mungkin akan berlaku.
Jenis 1 (Reversal Reaction)
- Lesi menjadi bertambah tebal.
Jenis 2 (Reaksi ENL)
- Beberapa nodul kemerahan yang menyebabkan kesakitan muncul di kulit yang normal.
- Kedua-dua reaksi ini memerlukan ubat prednisolone untuk mengawal reaksi tersebut. Doktor akan mengurangkan dos secara perlahan-lahan sebelum memberhentikannya.
- Apabila pesakit telah menamatkan regim rawatan, mereka akan datang untuk rawatan susulan atau survelen mengikut jadual yang akan ditetapka oleh Pegawai Perubatan bagi mengesan sebarang tanda-tanda bentan (relapse) pesakit ini. Sekiranya tiada tanda-tanda bentan, pesakit akan discaj.
Apakah KOMPILASI Pesakit Kusta Dan Bagaimana MENCEGAHNYA?
-
Pesakit yang mengalami kehilangan deria rasa di tangan, kaki dan mata adalah terdedah kepada kecederaan kerana mereka tidak dapat merasa kesakitan.
-
Pemeriksaan sendiri terhadap tangan dan kaki mesti dilakukan oleh setiap pesakit dan sebarang luka mestilah dirawat lebih awal.
-
Kecederaan kaki dapat dicegah dengan memakai kasut yang bertutup pada setiap masa dan mesti diperiksa pada setiap hari bagi membuang batu, pasir atau benda-benda yang boleh menyebabkan kecederaan.
-
Sekiranya mata tidak dapat ditutup rapat disebabkan oleh kelemahan pada kelopak mata, pesakit hendaklah menitiskan 'eye drops' secara berkala bagi kekeringan.
-
Pada waktu malam, pad mata (eye pad) hendaklah digunakan bagi mencegah kecederaan yang boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Bagaimana MENCEGAH Jangkitan Kepada Orang Lain
Penting :
Anggota keluarga dan sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan kulit agar Kusta dapat dikesan lebih awal. Ini dapat mengawal penyakit ini daripada terus merebak. Dengan mendapatkan rawatan awal, maka sebarang komplikasi dan kecacatan dapat dielakkan. Diagnosa awal dan rawatan yang sempurna adalah cara terbaik mengawal penularan penyakit ini di dalam masyarakat
Pastikan anda sentiasa membawa nota kecil berkaitan penyakit dan status rawatan anda untuk ditunjukkan kepada mana-mana doktor sekiranya anda berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.